SEKAPUR SIREH

ASSALAMUALAIKUM -
Selamat Datang Dan Salam Sejahtera Kepada Semua Pengunjung Buletin Rasmi SKLT.
Semoga disini Dapat Kita Berkongsi Ilmu Dan Pendapat Serta Aktiviti Terkini Yang dijalankan.

Selamat Menziarah,Terima Kasih.

Selasa, 7 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w Peringkat Sekolah

  


 



SK Lubuk Teras 6 Febuari 2012 SKLT telah mengadakan sambutan Mauludur Rasul s.a.w. peringkat sekolah. Dalam ucapan Guru Besar beliau menyatakan agar warga SKLT khususnya menyeru semua agar mengamalkan sunah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan. Sifat baginda yang amanah, siddiq, Fatanah dan Tabligh harus menjadi panduan. 

Isnin, 30 Januari 2012

Mesyuarat AJK PIBG & Ibu Bapa

Guru Besar En. Zainuddin Bin Dollah mempengerusikan 
mesyuarat dengan penuh iltizam

SK Lubuk Teras , 30 Januari 2012, Isnin . Guru Besar  mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan para ibu bapa murid tahun 6 yang sudi hadir . Mesyuarat itu bertujuan membincangkan program dan aktiviti bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam UPSR ,yang akan ditempuhi pada 11,12,dan 13 September 2012 nanti. GB berpuas hati dengan keputusan UPSR yang lalu dan mengucapkan tahniah kepada adik Mohd Afiq Faiz  yang berjaya mendapat 5A .Dengan keputusan tersebut sekaligus menaikkan nama sekolah iaitu jika di inilai dalam Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 1.8  kedudukan, dan SKLT berada dikedudukan 62 daripada 362 buah sekolah.
               Guru Besar juga meminta pihak ibubapa supaya mencadangkan program yang difikirkan sesuai untuk meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam UPSR akan datang. Diantara program yang telah dicadangkan oleh pihak sekolah:
  1.     Mengadakan kelas tambahan bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang bermula februari ini
  2.      Kelas hujung minggu
  3.       Cuti Terancang
  4.       Kelas PPTT
  5.      Solat hajat
  6.      Kem motivasi
  7.      Program mento-menti 
  8.      Sistem ganjaran, Murid yang mendapat “A” dalam setiap mata pelajaran mendapat RM10                sumbangan dari PIBG
                        Dalam mesyuarat itu turut dibincangkan tarikh mesyuarat Agung PIBG 2012 dan diputuskan pada 22 Febuari ini

Ahad, 29 Januari 2012

Kejayaan SKLT 2011

Johan Bola Baling Peringkat Zon
2011

SK Lubuk Teras 29 Januari 2012 Ahad Mengimbau kembali kejayaan yang dirangkul oleh SKLT tahun lepas apabila menjadi Johan diperingkat Zon Timur. Kejohanan itu datang lagi tahun ini iaitu pada 27 hingga  29 hb Febuari 2012 dan masih lagi SK Bukit Mundok menjadi tuan rumah.Diharapkan pada tahun ini SKLT akan mengulangi kejayaan ini dan semoga bukan sahaja pelajar perempuan malah pemain lelaki juga dapat membawa pulang piala kejohanan. Usaha dan latihan yang giat perlu dipertingkatkan untuk mencapai kejayaan tersebut.

Khamis, 26 Januari 2012

Sekolahku

SK. Lubuk Teras (SKLT) 27 JANUARI 2012, JUMAAT. SKLT merupakan sebuah sekolah pedalaman di daerah Setiu . Dianggarkan sejauh 60 KM daripada Pejabat Pelajaran Daerah Setiu (PPDS) .Namun begitu warga pendidik SKLT gigih dan tabah mengharungi liku-liku pejalanan demi anak bangsa yang tercinta.