SK Lubuk Teras 6 Febuari 2012 SKLT telah mengadakan sambutan Mauludur Rasul s.a.w. peringkat sekolah. Dalam ucapan Guru Besar beliau menyatakan agar warga SKLT khususnya menyeru semua agar mengamalkan sunah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan. Sifat baginda yang amanah, siddiq, Fatanah dan Tabligh harus menjadi panduan.
SEKAPUR SIREH
ASSALAMUALAIKUM -
Selamat Datang Dan Salam Sejahtera Kepada Semua Pengunjung Buletin Rasmi SKLT.
Semoga disini Dapat Kita Berkongsi Ilmu Dan Pendapat Serta Aktiviti Terkini Yang dijalankan.
Selamat Menziarah,Terima Kasih.
Selamat Datang Dan Salam Sejahtera Kepada Semua Pengunjung Buletin Rasmi SKLT.
Semoga disini Dapat Kita Berkongsi Ilmu Dan Pendapat Serta Aktiviti Terkini Yang dijalankan.
Selamat Menziarah,Terima Kasih.
Selasa, 7 Februari 2012
Sambutan Maulidur Rasul s.a.w Peringkat Sekolah
SK Lubuk Teras 6 Febuari 2012 SKLT telah mengadakan sambutan Mauludur Rasul s.a.w. peringkat sekolah. Dalam ucapan Guru Besar beliau menyatakan agar warga SKLT khususnya menyeru semua agar mengamalkan sunah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan. Sifat baginda yang amanah, siddiq, Fatanah dan Tabligh harus menjadi panduan.
Isnin, 30 Januari 2012
Mesyuarat AJK PIBG & Ibu Bapa
Guru Besar En. Zainuddin Bin Dollah mempengerusikan
mesyuarat dengan penuh iltizam
SK Lubuk Teras , 30 Januari 2012, Isnin . Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
AJK PIBG dan para ibu bapa murid tahun 6 yang sudi hadir . Mesyuarat itu
bertujuan membincangkan program dan aktiviti bagi meningkatkan
kecemerlangan murid-murid dalam UPSR ,yang akan ditempuhi pada 11,12,dan 13
September 2012 nanti. GB berpuas hati dengan keputusan UPSR yang lalu dan mengucapkan tahniah kepada adik
Mohd Afiq Faiz yang berjaya mendapat 5A .Dengan keputusan tersebut sekaligus menaikkan nama sekolah
iaitu jika di inilai dalam Gred Purata Sekolah (GPS) ialah 1.8 kedudukan, dan SKLT berada dikedudukan 62 daripada 362 buah
sekolah.
Guru Besar juga
meminta pihak ibubapa supaya mencadangkan program yang difikirkan sesuai untuk
meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam UPSR akan datang. Diantara program
yang telah dicadangkan oleh pihak sekolah:
- Mengadakan kelas tambahan bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang bermula februari ini
- Kelas hujung minggu
- Cuti Terancang
- Kelas PPTT
- Solat hajat
- Kem motivasi
- Program mento-menti
- Sistem ganjaran, Murid yang mendapat “A” dalam setiap mata pelajaran mendapat RM10 sumbangan dari PIBG
Dalam mesyuarat itu turut dibincangkan tarikh mesyuarat Agung PIBG 2012 dan diputuskan pada 22 Febuari ini
Ahad, 29 Januari 2012
Kejayaan SKLT 2011
Johan Bola Baling Peringkat Zon
2011
SK Lubuk Teras 29 Januari 2012 Ahad Mengimbau kembali kejayaan yang dirangkul oleh SKLT tahun lepas apabila menjadi Johan diperingkat Zon Timur. Kejohanan itu datang lagi tahun ini iaitu pada 27 hingga 29 hb Febuari 2012 dan masih lagi SK Bukit Mundok menjadi tuan rumah.Diharapkan pada tahun ini SKLT akan mengulangi kejayaan ini dan semoga bukan sahaja pelajar perempuan malah pemain lelaki juga dapat membawa pulang piala kejohanan. Usaha dan latihan yang giat perlu dipertingkatkan untuk mencapai kejayaan tersebut.
Khamis, 26 Januari 2012
Sekolahku
SK. Lubuk Teras (SKLT) 27 JANUARI 2012, JUMAAT. SKLT merupakan sebuah sekolah pedalaman di daerah Setiu . Dianggarkan sejauh 60 KM daripada Pejabat Pelajaran Daerah Setiu (PPDS) .Namun begitu warga pendidik SKLT gigih dan tabah mengharungi liku-liku pejalanan demi anak bangsa yang tercinta.
Langgan:
Catatan (Atom)